Tuesday, June 15, 2010

Tanggungjawab Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak Sebaik Dilahirkan

0 comments
An article to share with to future parents, and parents out there.. kdg2 masa, observation dr others experiences membuat diri selalu bertanya mampu tak menjalnkan tanggungjawab utk si kecil yg bakal lahir .. tak mahu gagal menjalankan tanggungjawab sehingga jadi kudis yg mungkin akan merosakkan dan merobek hati anak2 smpi besar.. plg penting tak mau di benci oleh darah daging sendiri..memikirkan juga kemgkinan kalo mgkin bila usia semakin meningkat sakit dan tak berdaya ada tak darah daging ku yg mahu membantu.. mgkin masa itu la tanggungjawab yg telah dijalankan akan dinilai .. dan mungkin masa itu la kasih sayang di curahkan ada nilainya..mmg bkn balasan yg diminta tapi pasti rasa itu yg diharapkan oleh ibubapa tua nnti...

walau ape pun takdir yg telah ditetapkan dan bakal ditetapkan Allah.. Takdir mungkin tak dpt di ubah tapi selagi beringat dan selagi mampu akan terus belajar utk menjadi lebih bertanggung jawab kepada si kecil ygbakal lahir..

The article below is paste from the author : Hazizah binti Yusoff (Berita Minggu 12 Feb 2006)

Anak merupakan aset yang paling bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Harta benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…” (al-Kahfi :46)

Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka . Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya”.
(HR al-Bukhari)

Anak-anak hendaklah diberi pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi. Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh. Suami isteri mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.

Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah, bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari rezeki yang halal.

Oleh itu para ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari sumber yang halal. Rezeki yang diberi makan kepada anak itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.

Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:

i- Azan dan iqamat
HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”.
(Hadis Riwayat Abu Ya’la)

ii- Membelah mulut (tahnik)
TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.

iii- Penyusuan
SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

iv- Memberi nama
TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: ” Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)

v- Bercukur
MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

vi- Aqiqah
HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.”
(Hadis Riwayat Ahmad)

vii- Berkhatan
BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.”
(Hadis Riwayat At- Tabrani)

Ketika anak-anak masih kecil berilah didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Oleh itu ibu bapa hendaklah :-

i- Menanamkan asas-asas keimanan
ii- Berlaku adil terhadap anak-anak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
iii- Mengasuh anak-anak dengan lemah lembut dan bersopan santun.
iv- Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.
v- Mengampuni dan mengasihi anak-anak dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
vi- Mendidik anak-anak ke jalan yang diredhai Allah SWT.
vii- Menunjukkan teladan yang baik pada anak-anak.
viii- Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
ix- Bertanggungjawab memastikan anak-anak dijaga dengan baik.
x- Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
xi- Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
xii- Mengajar anak-anak dengan ilmu yang dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.

Ibu bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.

Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyelewen, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka

Monday, June 14, 2010

Mimpi dan Kenyataan Nanti...

0 comments
Weekend mgu ni seronok jugak .. acha dtg rumah , mak n cdan spent time kat rumah.. dpt bawak mak g jln walopun area kl n walopun sekejap sgt
akibat tak leh berjalan lama n tak leh dok dlm keta lelama..sakit segala.. kesian mak.. tp takpe la..tahan aje..sapa la lagik yg n bawak mak jln kalo tak kami2.. poor mak

Ahad plan ajak acha,hilmy mkn2 kat rumah pak usu ..masak2 kat rumah siap2 n 'piknik' kat rumah poksu balik je dr rumah pak usu ....rasa letih amat
walopun acha ajak p alamanda.. erm terpaksa tolak ..pelik aku kuat la dorang
kdg2 aku cuba tak mo fikirkan sgt,tak daya, penat, lenguh2 dan segala mcam tp mmg tak dpt sbb tu yg sebenarnya aku rasakan bkn d buat2
erm...

apapun smlm lpas blik dr rumah poksu..pnat nterus tertido..smpi magrib lama sungguh..
yg best have a good rest n mimpi yg seronok smpi tersenyum smpi hari ini ..
aku mimpi dpt rasa movemen baby and dapat rasa lengan and tangan dia.. best nye feeling tu
bila bangun terasa mcm mimpi tu btul2 berlaku

sekarang walau ape pun yg jadik ..bila fikirkan pasal baby akan rasa seronok..xfikir masalah ..da jadi sayang sgt..mgkin ini rasa yg mak,mak mntua rasa..masa mengandungkan kami...
walopun bnyk fikir .. blh ke aku buat itu , ini.. betulke aku wat mcm ni mkn itu, buat ini .. tak harm the baby ke.. tp fikir yg baik2 aje
tak mo fikir yg bukan2

Today entering the 16 weeks .. 4 mths you be at my womb.. bertahan sahaja sekarang... moga2 semuanya baik2 saja.. Mimpi dan Kenyataan Nanti...Insyaallah

Wednesday, June 9, 2010

Pantang dan Larangan Masa Hamil

0 comments
Banyak sgt nasihat ..kalo tak dgr kita tak de pengalaman..terlalu bnyk mendengar terlebih pulak... rasanya mana yg logik blh la d apply atau pun sng cara mana org kata tak elok.. baik tak perlu buat

from http://kehamilan.blogspot.com/

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dlm kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat
mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.

f) Elakkan minuman bergas dan kafein.
* dikhuatiri kandungan mudah gugur.

g) Jangan lilit tuala pada leher dan pada rambut (utk keringkan rambut)
* dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi.

h) Kurangkan mkn buah oren.
* dikhuatiri bayi dilahirkan byk kahak.

i) Elakkan membuat kerja2 menjahit.
* dikhuatiri tali pusat anak akan berbelit dan sukar melahirkan.

j) Apabila terlihat benda yg pelik, cepat2 beristighfar.
* dikhuatiri bayi akan mengenan.

k) Kurangkan mkn pisang.
* pisang menyebabkan rambut bayi terlalu lebat.

l) Jangan memburu atau membunuh binatang. (bg suami dan isteri)
* dikhuatiri sukar utk bersalin.

m) Jangan mkn betik muda.
* getah yg ada padanya menyebabkan kandungan boleh gugur.


Sikap ibu yang terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil".Hope i'm excluded from this type


from http://www.mengandung.com/artikel/artikel06-05.html

* Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.
* Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.
* Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
* Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.
* Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.
* Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.
* Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.
* Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.
* Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

* Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.
* Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.
* Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Tuesday, June 8, 2010

Teaching baby while in the womb...

0 comments
Every parent wishing the very best for their future child.. Setiap anak yg bakal dilahirkan akan membawa sama impian ibu bapa..
Bermula tanggungjawab nk membesar,mendidik, meberi pelajaran yg terbaik dan semua yg terbaik utk tanggungjwab yg bakal dipikul...
Untuk si kecik jugak mula memikirkan apa method terbaik bila dia lahir nanti, mampu tak jalankan kewajipan ,
Mcm2 question.. boleh x, mmapu tak..macmana n mcm2 lagi la .. (over thinking da ni)
Tak mahu lahirnya dia ke dunia dgn suasana yg tak ceria..


Tapi yg amat penting aku tak mau over-thinking, over re-act mengetahui bila fikiran ibu yg takketentuan akan wujud stress dan persekitaran negatif ini akan memberi impak kepada si kecilyg aku kandung kan ..aku tak mau dia negatif
Jadi kepada sesiapa yg baru2 ini aku menjauh bukan bermakna aku benci, xsuka tp aku tak mahu tindakan / pemikiran negatif kamu membuat aku jadik stress.. bila stress terusan aku akan negatif dan recently i read from a buletin
NEGATIVE ENVIRONMENT will cause MATERNAL STRESS and it NOT GOOD for the MY FUTURE CHILD as it has a DIRECT and NEGATIVE IMPACT on the formation of their personality even as early as in the womb-- this is the FACT

Aku mahu terus positif selagi daya.. tak mahu dia lahir menjadi seorang yg negatif.. mengimpikan dia boleh independent membuat keputusan, survive, keputusan hidup yg tidak dipengaruhi org lain, bertanggungjwab dengan keputusannya sendiri, mengembirakan ibu bapa, dan orang sekeliling
mahu dia bertanggungjwab pada penciptanya,pada ibu bapa..bijak dan penih kasih sayang..
wah begitu bnyk impian pada si kecil dan sesungguhnya bukan tugas mudah aku tahu utk develop impian ..kami as a parent juga harus berusaha sam..ya effort that count.. biar dia beroleh kejayaan dunia dan akhirat biar dia dpt apa yg mngkin kami tak dpt tapi in a simple way..
I don't want to spoil him/her sampai dia tidak tahu berusaha kerana akhirnya dia akan sendirian tanpa kami...

Mengajar dia d smping aku juga belajr utk lebih positif , mengajar dia d samping aku juga belajar lebih dekat dengan Tuhan.. bukan hanya syukur kerana adanya tp aku juga bersyukur kedatangan nya sedikit sebanyak mengubah aku yg selalu alpa dan lupa cuba dan sdg selalu belajar utk lebih dekat dengan pencipta..
Di samping mahu doa yg baik2 utk kami .. aku juga mahu dia mengenali penciptanya sejak usianya dicipta...mengajar dan kami sama belajar ...
Menjaga tutur kata dengan sekeliling.. memberi dan menerima pandagan dengan lebih terbuka tidak mematah pandagan org lain tapi tidak membiarkan tindakan dipengaruhi org lain
Menjaga makan dan minum kerana menyedari dr hasil itu menghasilkan darah kami

Mmg bnyk benda /cara boleh mnegajr si kecil dr dlm kandungan apapun dlm semua perkara..sederhana.. tu pun penting ...
 

Mommy B Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates