Wednesday, August 25, 2010

KLCC - Baby - Future Hopes


Smlm lihat satu dokumentari di Discovery Channel
Ceritanya simple tp mengundang kenangan
Cerita tentang pembikinan KLCC

Hehhe .. jarang da pergi ... mulanya aku tak sedar tetibe Wan bersuara
"Lepas baby da keluar kita kena bawa baby pergi KLCC"
Clueless..erm apasal lak sang suami ni ckp macam ni
Terimbau kenangan lebih kurang 4 tahun dahulu tahun 2006..our first meet

Tempat mula2 kami berjumpa ...
Mujurla tindakannya pada masa itu memberi impak pada aku dan akhirnya bersatu
dan kini sedang menunggu kelahiran dari benih kami
Awalnya hanya berkawan aku teringat perbualannya
Tiba-tiba dia minta izin sedang kami leka berbual mungkin masa ketika itu dlm lebih kurang pukul 2 lebih
Aku jangkakan dia mahu pergi mungkin kerana tidak berminat mungkin penampilan ku ketika itu sedikit liar
tidak bertudung dan agak jahil
"aku minta diri sekejap,tp kau kena tunggu aku"
"kau nak pergi mana?jumpa kawan?"
"erm..aah eh tak.. tp kau tunggu aku, aku pergi sekejap saja"

masa tu benggang dan terasa erm.. terasa rejection..bakal malu .. aku katakan pada hati aku harus tunggu
Tak tahu kenapa aku menunggu sampi dia datang kembali

"Minta maaf buat kau tunggu"
"Erm.. takape.. kalo kau tak suka jumpa aku tak apa aku rasa pun nak balik" - jual mahal
"Eh takla.. aku yg nk jumpa kau"
"Kau pergi mana?sori tanya..jumpa kawan" - tetibe je nk marah padahal dlm hati marah diri kerana bertanya
"Aku pergi jumpa.."
"Kalau kau jumpa org lain takpe la aku balik dulu kau jumpala kawan kau"
"Tak aku pergi jumpa Tuhan sekejap tadi,sori buat kau tungggu"
Terdiam....malu sendiri..
"Napa tak bagitau betul2"
"Rasanya tak perlu nk cerita,xperlu di besarkan"
Malu..tp ikhlasnya ..kerana perbualan ringkas itu buat aku teruskan persahabatan
dan seterusnya menjadi isteri,teman,pasangan selamanya untuk Iswan Musri Ismail

Memang kami2 sama masih belum cukup ilmu moga2 Allah terus beri kami petunjuk untuk menjadi lebih baik..
Lebih baik utk diri sendiri,suami isteri,dan menjadi ibu bapa pada baby..dan adik2 baby insyaallah
Dan aku bersyukur di pertemukan dengan nya..biar pun kurang di sana sini tapi kami masih boleh sama2 memperbaiki

Dan baby... Aku harap dpt lahir dengan selamat dan sihat ke muka bumi mengenali abah and mommy
Semalam juga terbaca artikel tentang Hypothyroid and Pregnancy
(last week discover setelah ade kencing manis ada pulak hypothyroidism)
aku harap baby dapat bertahan dengan keadaan kesihatan ku yg macam2
terasa bersalah dlm diri sebab diri banyak penyakit la pulak ..dugaan dan cabaran dariNya..
Biar baby kuat dan sihat menemani abah
Sempat ku bisikan pada Iswan .."semalam baca artikel pasal hypothyroid and pregnancy, kalo jadi apa2 beri baby peluang...aku tak apa"
Dimarahi...
Tahla.. minta pertolongan hanya pada Tuhan ..apapun aku harap sgt biar baby dapat lahir kedunia dgn selamat dan sihat
Utk suami yg aku cintai..

0 comments on "KLCC - Baby - Future Hopes"

Post a Comment

 

Mommy B Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates